Sejenak aku berfikir, mengimbas kembali masa lalu..Dikala usia baru ke belasan tahun, suatu ketika dahulu aku sentiasa leka akan dunia, dibuai mimpi indah akan masa dulu, aku sering teringat kembali masa lalu, aku amat merindui diwaktu itu, orang itu, ada masa aku berfikir untuk kembali ke masa itu..Bagaimana perasaan aku? Hanya Allah swt sahaja yang tahu....Kasih Sayang...Kebencian itu mengubah seseorang, melembutkan hati seseorang dan juga boleh menghancurkan hati seseorang...iaitu AKU!
Tahun 2002-2003 /aku masih mentah ...
Saat itu tidak pernah terfikir atau terlintas untuk aku ditemukan dengan kamu..bermain perasaan disaat itu, segalanya indah..Tidak pernah tergambar,terbayang begitu mulanya dan beginikah caranya mengakhiri pertemuan itu..Begitu mudah bagi kamu melupakan aku, sedangkan aku...Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa hatiku terguris, jiwaku tercedera, perasaanku merana, parutnya masih ada dek panahan mainan perasaan kamu!
Sebenarnya kisah kami agak unik, berbanding insan lain....kisah yang panjang, rasa yang panjang, bagaimana rasa itu sememangnya amat sukar untuk diluahkan...Tuhan sahaja yang tahu segalanya~~
Tahun 20o4 / Langkah Baru Mulanya Hidupku
Dan keindahan yang penuh kepalsuan, dikala itu aku alpa kpd yang Maha Esa, aku leka dengan dibuai mainan Emosi & Prasaan, aku terlupa akan kewajipan aku sebagai hamba Allah swt dimuka bumi Tuhan ini, aku alpa ..aku bagaikan tenggelam dan hidup dimasa lalu, aku sering terkenangkan kamu yang hilang dari pandangan mataku, Terlalu banyak perkara yang aku lakukan terkenangkan kamu, diriku bagaikan hilang, terhenti disitu..Semuanya bagaikan sia-sia dan buang masa.. namun itulah aku,manusia biasa..Setiap dari kita pasti melakukan kesilapan & kesalahan dalam dunia yang fana ini..Hanyut-Hanyut,..Hari-hariku asyik teringat, terkenang, dan amat-amat merindui dirinya yang terus menghilangkan diri, aku tenggelam dalam hayalan mimpiku, keGelisah, Segalanya bagaikan sempit, Rasa itu amat kosong, Terkadang serba Tidak Kena...Hilang, Segalanya bagaikan terhenti disitu!
Tahun 2008 /Tamat Diploma

Kekadang apa yang cuba disampaikan olehnya memanah hatiku, kata-katanya seolah-olah tidak pernah berubah, seperti dulu...aku sendiri tidak duga apa yang difikirkan olehnya ..terlalu dalam perasaan yang disimpan kepadaku, aku cuma ingin lepaskan segalanya, lepaskan keresahan, kekeliruan yang tidak pernah berakhir dalam dilema hidup aku kerna dia...aku ingin leraikan segala kekusutan yang sekian lama tersimpul! Namun, dia sering menolak untuk berbincang tentang hal itu, hal hati ke hati,..aku sendiri bingung memikirkannya~
Satu ketika, Dia pernah tanya aku, "bagaimana untuk aku hidup bersamanya"?, aku benar2 terkejut kerna persoalan itu, selama ini aku tidak pernah terlintas atau terfikir untuk hidup bersamanya, TIADA langsung..Ianya terlalu jauh untuk difikirkan..mustahil!!Aku tidak faham dengan kamu..sebab, kite adalah kawan dan selamanya kite tetap kawan! Lepas tu kami jarang chat lagi...malaslah..
"KEKADANG ADA PERKARA YANG TIDAK DAPAT DILUAHKAN DENGAN KATA_KATA..."
Tahun 2010 - Sambung ke peringkat Degree

Sedangkan ketika dulu aku setengah mati merindukan kamu, mengingati kamu, tidak pernah melupakan kamu, aku hilang jiwa& perasaan disebabkan kamu, aku patah hati, patah semangat asyik memikirkan dirimu, namun inilah balasan buat diriku..Bodohnya aku, terlalu bodoh!
Jika di imbas kembali, suatu masa lalu, kamu yang beria-ria menghulurkan tangan padaku, paksa ku gapai dan dakap hatimu!kamu sendiri berjanji tidak akan melupakan aku, disaat ini aku memengang erat janjimu itu, walhal ianya adalah janji kosong..kamu kejam..terlalu kejam terhadapku..Terima kasih untk segalanya!
OK, BAiklah.. Kalau beginilah caramu terhadap diriku, aku pasrah dan redha..Sesungguhnya aku bersyukur tidak terus hanyut disebabkan kenangan-kenangan bodoh bersama kamu~~
No comments:
Post a Comment