Thursday, September 20, 2012

Itulah Takdirnya Sebuah Kehidupan



Tahun 2011

Ketika ini aku masih menuntut, aku berada dikuala Lumpur..tanggal 19 oktober 2011, kami dikejutkan dengan satu panggilan telefon daripada mak aku mengatakan abg ray (abg ipar) mengalami kemalangan.. kami fikir kecederaannya mungkin tidak serius... Rupa-rupanya, apa yang kami fikir itu meleset sekali..dia kemalangan dengan lori didalam kem tentera..Malam itu, abg ku mengambil aku dari putrajaya terus ke Kluang Johor, dengar kata kecederaannya amat kritikal!


Hanya Allah sahaja yang mengetahui akan segalanya, bagaimana perasaan kami... Selama Lima hari berada dikluang, ( Hotel Seri Malaysia )keadaan abg ray masih tidak sedarkan diri.. Doktor kata bahawa peluang untuk diselamatkan adalah amat tipis,kecederaan nya amat serius, organ dalamanya pecah.. Tetapi apa yang menghairankan, fizikalnya bagaikan tidak tercalar, jika dilihat dengan mata kasar kecederaanya diparas kaki sahaja, begitulah kuasa Allah swt yang Maha Esa..Allahuakbar~~

Tanggal 23 oktober 2011 - jam 9.30 malam

 Kecederaannya amat kritikal, kaki kanannya terpaksa dipotong sehingga ke paras paha, bayangkan bagaimana perasaan kakak aku? kami sekeluarga amat sedih, dan risau amat risau.. Dikala itu, Tuhan sahaja yang tahu...

Tanggal 24 oktober 2011 - jam 330 pagi

Kami mendapat panggilan daripada pihak hospital yang mengatakan abang ray dalam keadaan nazak... Pihak hospital meminta kami ke hospital bagi melihat nya buat kali terakhir... kakak ku sempat berada disisi nya tatkala dia menghembuskan nafasnya yang terakhir... Innalillahiwainnaillahirogiuun~~

" KEPADANYA KAMI DATANG KEPADANYA JUGA TEMPAT KAMI DIKEMBALIKAN"


Begitu pilu hati kami sekeluarga...Namun itulah takdir dan ketentuan yang Maha Esa, Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah swt dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh..amin...

jam 700 pagi- kami masih dihospital menunggu urusan jenazah.. perasaan sayu menyelubungi hati kami, alhamdulillah segalanya berjalan lancar..Hanya Allah sahaja yang mengetahui segalanya..

jam 930 pagi - Kami bertolak dari johor ke kuantan, jenazah akan dikebumikan sg karang ,Kuantan.. sepanjang perjalanan, begitu sayu, begitu pilu... itu adalah perjalanan terakhir buat Arwah abg Ray didunia ini..Jika selama ini, dia selalu membawa kami berjalan-jalan, tetapi kali itu adalah kali terakhir kami mengiringi pemergiannya..Alhamdullillah segalanya berjalan lancar..

jam 500 petang - kami sampai dimasjid sg karang, jenazah disembahyangkan buat kali  terakhirnya.. disitu terdapat ramai orang yang datang menziarahi termasuk sahabat-sahabat arwah, askar-askar, sanak saudara, dan sebagainya..

jam 600 petang - Jenazah selamat dikebumikan... Al-fatihah
Syukur, segalanya berjalan dgn lancar...

Berakhir sudah sebuah perjalanan kehidupan yang panjang buat insan yang bernama KPL Shamrie Bin Mohd Salleh berumur 32 tahun. semoga Rohnya dicucuri rahmat Allah swt, dan ditempatkan bersama muslimin yang soleh.. AMIN






Hilangnya Permata yang dicari..

Permata Yang Dicari

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya

Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah

Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari

Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah

Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu


1 comment:

  1. Slot Games by Microgaming - Mapyro
    Find Slot 김해 출장샵 Games by Microgaming, including jackpot slot 속초 출장마사지 machines, bingo, blackjack, 김포 출장샵 poker, roulette, 의왕 출장마사지 and live dealer 동두천 출장안마 casino games.

    ReplyDelete