Thursday, September 27, 2012

Berakhirnya Aku Dipersinggahan ini..


 Assalamualaikum..~~

Hari ini 27/09/2012...bersamaan hari khamis, jam 340 petang, hari-hari terakhir kami di SWS skali web services.. Banyak pengalaman dan kenangan yang kami pelajari disini, setelah tamatnya kontrak 3bulan...Esok kami bakal melangkahkan kaki entah ke mana hala untuk ditujui, segalanya belum pasti... Harap-harap ada yang lebih baik daripada ini, semoga permulaan langkah esok dengan lebih bermakna dan menjadi satu titik permulaan sebuah perubahan kejayaan..Rezki itu ditentukan oleh yang Maha Esa, jika dicampakkan dimana pun jika itu adalah hak milik kita, ianya tetap akan menjadi hak milik kita, apa yang ditakdirkan Allah kepada kita itulah yang terbaik, kerana yang terbaik itu ditentukan oleh Allah swt..Bersyukur dan redha lah dgn apa yang kita miliki...
Amin...InsyaAllah~


Thursday, September 20, 2012

Syukur...Sesungguhnya Aku Masih Diberikn Peluang~

Assalamualaikum..wbt

Syukur...Sesungguhnya Aku Masih Diberikn Peluang

Syukur kehadrat illahi, dikala kita kesunyian Tuhan sentiasa menemani kita tanpa disedari..Allah swt sentiasa menjaga dan memberi pelindungan kepada kita, syukur alhamdulillah ya Allah..



Disaat kita keseorangan Tuhan menghantar seseorang untuk menemani diri kita.. Terima Kasih Ya Allah..
Jutaan Terima kasih buat Mak Ayah dikasihi tersayang tercinta, keluarga tercinta & Eina, kerna menjadi sahabat dan teman dikala susah dan senang, semuanya sukar digambarkan, kamu sungguh bermakna buat diriku, tiada apa dapat aku berikan selain drp doa yg sering ku utuskan buat dirimu, gantunglah segala harapan dan impian kita hanya kpd Yang Maha Esa, Allah swt..kerna Hanya Allah swt shj yg dapat membalas segala2 nya, semoga kita mendapat rahmat dan hidayahNya serta bertemu disyuga...InsyaAllah,amin~~





Itulah Takdirnya Sebuah Kehidupan



Tahun 2011

Ketika ini aku masih menuntut, aku berada dikuala Lumpur..tanggal 19 oktober 2011, kami dikejutkan dengan satu panggilan telefon daripada mak aku mengatakan abg ray (abg ipar) mengalami kemalangan.. kami fikir kecederaannya mungkin tidak serius... Rupa-rupanya, apa yang kami fikir itu meleset sekali..dia kemalangan dengan lori didalam kem tentera..Malam itu, abg ku mengambil aku dari putrajaya terus ke Kluang Johor, dengar kata kecederaannya amat kritikal!


Hanya Allah sahaja yang mengetahui akan segalanya, bagaimana perasaan kami... Selama Lima hari berada dikluang, ( Hotel Seri Malaysia )keadaan abg ray masih tidak sedarkan diri.. Doktor kata bahawa peluang untuk diselamatkan adalah amat tipis,kecederaan nya amat serius, organ dalamanya pecah.. Tetapi apa yang menghairankan, fizikalnya bagaikan tidak tercalar, jika dilihat dengan mata kasar kecederaanya diparas kaki sahaja, begitulah kuasa Allah swt yang Maha Esa..Allahuakbar~~

Tanggal 23 oktober 2011 - jam 9.30 malam

 Kecederaannya amat kritikal, kaki kanannya terpaksa dipotong sehingga ke paras paha, bayangkan bagaimana perasaan kakak aku? kami sekeluarga amat sedih, dan risau amat risau.. Dikala itu, Tuhan sahaja yang tahu...

Tanggal 24 oktober 2011 - jam 330 pagi

Kami mendapat panggilan daripada pihak hospital yang mengatakan abang ray dalam keadaan nazak... Pihak hospital meminta kami ke hospital bagi melihat nya buat kali terakhir... kakak ku sempat berada disisi nya tatkala dia menghembuskan nafasnya yang terakhir... Innalillahiwainnaillahirogiuun~~

" KEPADANYA KAMI DATANG KEPADANYA JUGA TEMPAT KAMI DIKEMBALIKAN"


Begitu pilu hati kami sekeluarga...Namun itulah takdir dan ketentuan yang Maha Esa, Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah swt dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh..amin...

jam 700 pagi- kami masih dihospital menunggu urusan jenazah.. perasaan sayu menyelubungi hati kami, alhamdulillah segalanya berjalan lancar..Hanya Allah sahaja yang mengetahui segalanya..

jam 930 pagi - Kami bertolak dari johor ke kuantan, jenazah akan dikebumikan sg karang ,Kuantan.. sepanjang perjalanan, begitu sayu, begitu pilu... itu adalah perjalanan terakhir buat Arwah abg Ray didunia ini..Jika selama ini, dia selalu membawa kami berjalan-jalan, tetapi kali itu adalah kali terakhir kami mengiringi pemergiannya..Alhamdullillah segalanya berjalan lancar..

jam 500 petang - kami sampai dimasjid sg karang, jenazah disembahyangkan buat kali  terakhirnya.. disitu terdapat ramai orang yang datang menziarahi termasuk sahabat-sahabat arwah, askar-askar, sanak saudara, dan sebagainya..

jam 600 petang - Jenazah selamat dikebumikan... Al-fatihah
Syukur, segalanya berjalan dgn lancar...

Berakhir sudah sebuah perjalanan kehidupan yang panjang buat insan yang bernama KPL Shamrie Bin Mohd Salleh berumur 32 tahun. semoga Rohnya dicucuri rahmat Allah swt, dan ditempatkan bersama muslimin yang soleh.. AMIN






Hilangnya Permata yang dicari..

Permata Yang Dicari

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya

Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah

Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari

Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah

Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu


Wednesday, September 19, 2012

Aisshh... Aku Tewas Dalam Kenangan~~

Dikala keresahan menerjah minda, Tuhan sentiasa memberi kite jalan keluar, tatkala kite didalam kesulitan Tuhan sentiasa memberikan bantuan...Dan pada ketika kite dihimpit kesulitan tanpa diduga Tuhan telah menghantar penyelamat, sesungguhnya Allah swt sentiasa dekat dengan kite, cuma kite yang selalu leka dan alpha akan keduniaan ini...


Sejenak aku berfikir, mengimbas kembali masa lalu..Dikala usia baru ke belasan tahun, suatu ketika dahulu aku sentiasa leka akan dunia, dibuai mimpi indah akan masa dulu, aku sering teringat kembali masa lalu, aku amat merindui diwaktu itu, orang itu, ada masa aku berfikir untuk kembali ke masa itu..Bagaimana perasaan aku? Hanya Allah swt sahaja yang tahu....Kasih Sayang...Kebencian itu mengubah seseorang, melembutkan hati seseorang dan juga boleh menghancurkan hati seseorang...iaitu AKU!


Tahun 2002-2003 /aku masih mentah ...

Saat itu tidak pernah terfikir atau terlintas untuk aku ditemukan dengan kamu..bermain perasaan disaat itu, segalanya indah..Tidak pernah tergambar,terbayang begitu mulanya dan beginikah caranya mengakhiri pertemuan itu..Begitu mudah bagi kamu melupakan aku, sedangkan aku...Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa hatiku terguris, jiwaku tercedera, perasaanku merana, parutnya masih ada dek panahan mainan perasaan kamu!
Sebenarnya kisah kami agak unik, berbanding insan lain....kisah yang panjang, rasa yang panjang, bagaimana rasa itu sememangnya amat sukar untuk diluahkan...Tuhan sahaja yang tahu segalanya~~

 
Tahun 20o4 / Langkah Baru Mulanya Hidupku

   Dan keindahan yang penuh kepalsuan, dikala itu aku alpa kpd yang Maha Esa, aku leka dengan dibuai mainan Emosi & Prasaan, aku terlupa akan kewajipan aku sebagai hamba Allah swt dimuka bumi Tuhan ini, aku alpa ..aku bagaikan tenggelam dan hidup dimasa lalu, aku sering terkenangkan kamu yang hilang dari pandangan mataku, Terlalu banyak perkara yang aku lakukan terkenangkan kamu, diriku bagaikan hilang, terhenti disitu..Semuanya bagaikan sia-sia dan buang masa.. namun itulah aku,manusia biasa..Setiap dari kita pasti melakukan kesilapan & kesalahan dalam dunia yang fana ini..Hanyut-Hanyut,..Hari-hariku asyik teringat, terkenang, dan amat-amat merindui dirinya yang terus menghilangkan diri, aku tenggelam dalam hayalan mimpiku, keGelisah, Segalanya bagaikan sempit, Rasa itu amat kosong, Terkadang serba Tidak Kena...Hilang, Segalanya bagaikan terhenti disitu!


Tahun 2008 /Tamat Diploma

Aku melayari Internet, disitu aku ketemu kembali dengan kawan lama zaman sekolah dahulu, daripada situ aku telah dapat berhubung kembali dengan insan yang aku cari-cari selama ini, gembira bukan kepalang, Tuhan sahaja yang tahu perassan aku dikala itu...Kamu! Namun,kami cuma berchating benda kosong, dia sudah bekerja dan hidup gembira tidak seperti aku, tidak mempunyai apa-apa.. Aku teringin hendak berborak seperti kawan lama.. Tapi, ada kelainan dirinya..bagaimana untuk aku meluahkan?terlalu sukar..Aku ingin sekali berbicara dengannya melalui telefon, namun dia enggan bercakap dengan aku, entahlah kenapa.. Aku tidak berharap dia memberi sepenuh perhatian kepadaku, tetapi aku ingin berbicara, meluahkan kesulitan yang terbuku dijiwa..Ingin berbicara dan berbincang untuk merungkai segalanya..Entahlah, sukar benar dilafazkan, sukar benar untuk dinyatakan~

Kekadang apa yang cuba disampaikan olehnya memanah hatiku, kata-katanya seolah-olah tidak pernah berubah, seperti dulu...aku sendiri tidak duga apa yang difikirkan olehnya ..terlalu dalam perasaan yang disimpan kepadaku, aku cuma ingin lepaskan segalanya, lepaskan keresahan, kekeliruan yang tidak pernah berakhir dalam dilema hidup aku kerna dia...aku ingin leraikan segala kekusutan yang sekian lama tersimpul! Namun, dia sering menolak untuk berbincang tentang hal itu, hal hati ke hati,..aku sendiri bingung memikirkannya~

Satu ketika, Dia pernah tanya aku, "bagaimana untuk aku hidup bersamanya"?, aku benar2 terkejut kerna persoalan itu, selama ini aku tidak pernah terlintas atau terfikir untuk hidup bersamanya, TIADA langsung..Ianya terlalu jauh untuk difikirkan..mustahil!!Aku tidak faham dengan kamu..sebab, kite adalah kawan dan selamanya kite tetap kawan! Lepas tu kami jarang chat lagi...malaslah..
         "KEKADANG ADA PERKARA YANG TIDAK DAPAT DILUAHKAN DENGAN KATA_KATA..."

Tahun 2010 - Sambung ke peringkat Degree

 Aku belajar seperti biasa, hidup macam biasa, kawan aku kata kamu akan melangkah ke alam seterusnya, aku gembira untuk kamu..namun sedikit pun kamu tidak menjemput atau memberitahu aku perkara gembira itu...Betapa kamu kejam kepada diriku, sombong pada diriku..mentang-mentanglah aku tiada apa-apa, kamu buang aku bagaikan sampah..
Sedangkan ketika dulu aku setengah mati merindukan kamu, mengingati kamu, tidak pernah melupakan kamu, aku hilang jiwa& perasaan disebabkan kamu, aku patah hati, patah semangat asyik memikirkan dirimu, namun inilah balasan buat diriku..Bodohnya aku, terlalu bodoh!

Jika di imbas kembali, suatu masa lalu, kamu yang beria-ria menghulurkan tangan padaku, paksa ku gapai dan dakap hatimu!kamu sendiri berjanji tidak akan melupakan aku, disaat ini aku memengang erat janjimu itu, walhal ianya adalah janji kosong..kamu kejam..terlalu kejam terhadapku..Terima kasih untk segalanya!
OK, BAiklah.. Kalau beginilah caramu terhadap diriku, aku pasrah dan redha..Sesungguhnya aku bersyukur tidak terus hanyut disebabkan kenangan-kenangan bodoh bersama kamu~~