Thursday, December 6, 2012

Harus bagaimana..

Hidup tidak semudah yang disangka, apa yang diharapkan belum tentu dimiliki, begitulah kehidupan tiada banyak pilihan...hendak atau tidak, takdir dan ketentuan adalah takdir sebuah kehidupan...
Dalam minggu ini dua kali emak saya sakit perut muntah2, bayangkan apa yang saya rasa, begitu sedih.. dan hari ini adik saya kata emak saya suspek buah pinggang 30% sahaja yang berfungsi, ada batu karang..

Saya Hidup adalah untuk berkhidmat untuk emak & ayah saya, juga mendapat keredhaan yang Maha Esa, tiada matlamat lain dalam hidup saya lagi, itu sahaja yang tinggal..Tiada apa yang lebih penting dan istimewa selain emak & ayah saya..

Jika dahulu saya selalu berdoa ..saya tahu Allah swt sentiasa mendengar doa saya...Tetapi, apa yang pasti Tuhan maha mengetahui segalanya..Ya Allah, begitu berat ujian ini...sesungguhnya apa yang terbaik itu ditentukan oleh Allah swt, aku redha, semoga   diberi kesembuhan, amin..


No comments:

Post a Comment